Thursday, September 22, 2016

Greens Berry Farm, Kildare Village Outlet & Dublin, Repb. of Ireland 16/8/2016 - 17/8/2016

Okay, ini adalah entry terakhir untuk summer trip ni. Gigihnya nak habiskan.. Hehe..

16 August 2016, disebabkan Travelodge Waterford Hotel tak sediakan free breakfast, I beli egg muffin dan pancakes kat Mc Donalds sebelah tu. Lepas pulangkan room key, kami meneruskan perjalanan 'Berry' hunting ke Greens Berry Farm, Wexford.

Sepanjang perjalanan dari Waterford ke Wexford, kiri kanan jalan banyak booth jual buah berries. Tapi kami tak berhenti, sebab nak experience petik berries sendiri kat Greens Berry Farm.

Kami tiba di Greens Berry Farm setelah drive sejam dari Waterford, dengan harapan leh la nak petik buah kat situ tapi unfortunately we're not allowed to do that. Hmmm... Ended up beli berries kat booth dia je la.





Ada strawberry, blueberry, raspberry dan blackberry.







Pastu I beli lemonade juice Euro 4 sebotol. Sedap nya!!!



Seriously sedap! Rugi tak beli banyak.. Huwaaaa!!!



Walaupun hati hampa, skejap je mood tukar jadi happy sebab it's shopping time! It's a must jalan-jalan dan shopping di designer outlet! Of course, harga jauh lebih murah compared to Malaysia, even JPO. 

Setengah jam driving dari Wexford, kami tiba di Kildare Outlet Village. 
GPS Coordinate Kildare Outlet Village: 53.154382, -6.917284
Ok, tak sabar dah ni. Ready, get set, go!!




Posing 'holding each others hand'.



 Antara designer boutique yang ada; Gucci, Coach, DKNY, Furla, Clarks dan CK.







Terpaksa umpan Anna Marissa 2 scoop ice cream, supaya dia tak kacau ummi shopping.



Hasil tangkapan:


Shopping tak ingat duniaaa, 4 jam rasa skejap je, memang tak cukup. Then, baru rasa lapar hahahaha... Dah pukul 6 petang. Our dinner petang tu kat area Kildare jugak, 5 star kebab pizza.


Kat sini harga meal murah. Berlebih lak tu, tapau bawak balik.





Kami singgah di pekan Naas untuk isi minyak, esok nak hantar ke Europcar, minyak kene penuh.


Final destination is kembali ke Dublin city, malam tu nak check in kat Malaysian Hall.

Kami tiba di Malaysian Hall, Leeson Park jam 7 petang. Bermulalah dugaan kami yang kedua. Tekan loceng dan intercom Malaysian Hall tu, takde sape pun yang respon. Gelap je tengok dari luar, macam semua staff dah balik. I bukak balik email dari warden, rupanya check in time sampai kol 5 petang je. Haihhh… dah balik la ni. Nak call pulak semua tak activate roaming. 


Ada beberapa netizen yang lalu area situ cuba membantu, tapi diorang kata tu number fixed line. Mungkin number telefon dalam Malaysian Hall. Salah kami jugak tak mintak hp number warden tu. So kami tersadai di situ selama 2 jam. Mati kutu tak tau nak buat apa. Hari pulak semakin gelap. Warden ni memang tak akan layan kami kalau email dia pun time tu.

Kami singgah di Double Tree by Hilton, jangan terkejut, bukan check in situ pon hehehehe... ku rela tido dalam kereta daripada membazir duit check in situ. Okay, ada signal wifi, tak perlu password. And then kami curi/pinjam wifi tu, nak google hotel yang kosong. Unfortunately, semua hotel full house... FULL HOUSE! Tapi ada beberapa hotel mahal yang masih available sekitar Dublin (rate RM 220 sorang). Kami terus salin address dan terus ke hotel tu... 

Sooo sad, hotel tu pun full house. Ada pulak tu, boleh occupied 4 orang je. Haih... Search 50km radius pon semua penuh. Tengok jam, dah pukul 10 malam. Haihh… berat betul dugaan. Kami try luck ke Ashling Hotel, nampak macam mahal. Tapi full house jugak. Mintak ihsan staff hotel tu nak wifi password. I dengan Shairah lepak kat lobby try browsing lagi hotel yang available. Pakcik receptionist tu dok pepandang dari tadi, gayanya macam tak senang tengok kami kat situ. Then kami sambung browsing kat luar hotel.

Tetiba my sister in law, Shairah, dapat hidayah pulak time tu. Tergerak hati dia try comment kat page FB Malaysian Hall, mintak number warden. Time tu dah pukul 11.30 malam. Alhamdulillah, ada student reply dan kasi number warden. I try call guna whatsapp call tapi tak berangkat. Maybe dah tido? Sedihnyaaaa….

Kalau travel zaman single mingle dulu, I gamble je tido kat airport. Tapi time ni bawak baby, bawak senior citizen, macam tak sesuai. At last, student tu reply our message dan offer tido kat umah dia. Alhamdulillahh… Syukur… Terima kasih adik Ariff. Yang guys tido umah adik Ariff, yang girls tido kat umah student perempuan. Seronok sangat dapat jumpa sebangsa kita kat tanah Ireland ni. Adik-adik ni study medic dan engineering. Rumah sewa diorang sangat selesa. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Kami hulur duit kat students tu, memula diorang refuse, tapi kitorang paksa gak diorang ambil. Hehehe... Mungkin hikmahnya tak dapat hotel malam tu, duit yang patutnya bayar kat hotel, kami bayar kat students tu. Dapatla tolong-tolong diorang, boleh diorang beli groceries ke ape ke kan.. Hebat perancagan Allah.. Alhamdulillah.

Malam tu busy packing barang-barang shopping dan settlekan isi form untuk tax free refund. 

Route hari ke-5 (blue):


17 August 2016, hari terakhir kami di Ireland. Kami sempat kembali ke Temple Bar untuk last round shopping. Kami singgah souvenir shop, sorry ye korang, souvenir mahal sangat. I beli untuk my personal collection je. Hehe..

Tepat jam 12.30 tengahari, kami kembali ke Europcar Rental Centre. Selesai inspection, kami menaiki shuttle ke Dublin Airport. Semua berjalan dengan lancar. Oh ya, total rental car per person adalah lebih kurang RM 300 dan miyak pula RM 100 untuk round Northern Ireland dan Repb. of Ireland. Memang affordable.

Trip kali ni memang mencabar dan paling banyak experience termasuklah first time driving left-handed car kat Iceland. Thanks to all travelmates yang banyak membantu. So maybe nak rest until end of this year. Next year? Masih mencari destination yang terbaik.


Iceland, Northern Ireland and Repb of Ireland, such a great adventure!

Wednesday, September 14, 2016

The Farm Grenagh, Blarney Castle & Waterford Town, Repb. of Ireland 15/8/2016

Jam 7.30 pagi, kami menuju ke canteen hostel untuk breakfast. Continental breakfast kat 3 Lakes Hostel ni tak berapa sedap. Takpelah, asalkan dapat isi perut ni. Overall, kami agak berpuas hati dengan hostel ni. Rate agak murah. Bilik cantik, bathroom bersih dan sangat comfortable. Sebelum check out, kene kumpulkan kesemua towels dan masukkan ke dalam bakul yang disediakan.

So kita check out dulu...






Settle je check out, kami terus ke south area, Cork.

Kami ke The Farm Grenagh. Saje nak visit mini zoo. Per entry is Euro 6. Ramai gak visitor hari tu.









Bersih... putih melepak sheep ni...














Lembutnyaaaaaa...


Destinasi kedua hari itu ialah Blarney Castle.
GPS Coordinate Blarney Castle: 51.931461, -8.568840








Hari tu activity tak heavy sangat. Pukul 4 dah free. Baru perasan semua tak lunch lagi. Kami terus ke Waterford, yang merupakan town terakhir untuk trip ni. Dari Cork ke Waterford, drive about 2 hours je.

Tiba di Waterford, agak terpegun sekejap. It's such a lovely town. Ada river bank, angin sepoi-sepoi... town yang aman damai.

Kami ke Kashmir Tandoori, jalan kaki je dari river bank tu. Actually banyak halal restaurant kat sini. Tapi nak jugak merasa makanan India di perantauan.. Hehehe.. Harga 1 meal sangat mahal ye, Euro 12. Tapi sebab seharian tak makan, order je lah mana yang nampak sedap. Tapi memang sedap pon, cuma portion agak sikit.





Masa nak balik ke area parking, snap-snap ape yang sempat...




Tetiba dari jauh ada dengar bunyi bagpipe... Ada sekumpulan pemusik bagpipe sedang berlatih kat tepi jeti. Lepak jap layan bagpipe.








Petang tu, kami check in di Travelodge Waterford Hotel. Nice hotel, sangat selesa. Sebelah tu ada Mc Donalds. 



Route hari ke-4 (brown):


Kami tido awal malam tu sebab esok Berry haunting and shoppingggg!!!