Friday, January 4, 2019

Interlaken, Swiss 17/9/2018

Pagi yang cerah di Interlaken.

Good morning Interlaken! So sad, that day is our last day in Swiss. Kami bangun seawal jam 5 pagi, solat subuh dan packing luggage untuk check out. As promised, kami kene check out before 10 am, dan kami kene bersihkan cottage tu from A to Z. Cemana bersihnya keadaan cottage masa kami check in, begitulah keadaannya masa kami check out. Bed linen and towels semua kene lipat dan letak atas lantai. Pinggan mangkuk kene cuci, lap dan letak balik dalam cabinet. Penat weyh! Almost 3 hours jugakla kami mengemas. Deqya lak cuci toilet.. rajin Deqya! Hehehehe... So we have our last breakfast at the cottage and plan to visit Liechtenstein which is located in between Austria and Swiss.

Tapi kan... hajat tak sampai. Patut gerak kol 8 pagi tapi kami settle check out jam 10.30 pagi. Hmm.. memang tak sempatlah nak gi Liechtenstein. Then kami plan semula itinerary hari tu. Semua pakat nak round Interlaken lagi. Tak puas. Teringat pulak Joy and John ada bagi ticket ferry free. Ok lah, kita round Interlaken puas-puas before balik Zurich. Such a great time menginap di Manor Farm cottage ni. Kalau datang Swiss lagi.. ehemm.. kalauu... I nak book cottage ni lagi! Good bye!



Selesai check out, kami park kereta kat Lake Thun, sebelah cottage tu je.. Dalam kawasan Golf Club Interlaken. Settle bayar parking, kami ke Ferry Terminal Neuhaus. Next ferry will depart within 1 hour. Sambil menunggu ferry depart, kami snap-snap gambar kat area Thun Lake tu.

Husband dan coffee berpisah tiada...


Jerit-jerit kat Anna jangan lari-lari nanti jatuh & baju kotor. Tapi end up... Gedebuk! I yang jatuh masa mengejar Cik Pia! Seb baik ada bawak baju spare.









Ferry pon depart ke Interlaken West...


View sepanjang perjalanan...










Ferry tiba di Interlaken West. Kami tak turun, kami stay dalam ferry untuk ke Ferry Terminal Neuhaus semula.

Setengah jam kemudian, ferry tiba di Ferry Terminal Neuhaus. Kami naik kereta ke Interlaken pula. Park kereta kat Migros shopping mall dan terus jalan-jalan area Interlaken for the last time.

Kami lunch di Global Pizza Grill & Kebabhaus. Ni antara kedai halal yg ada kat Interlaken. Harga pulak... mencekik weh! Average harga satu meal untuk sorang, RM 80. Itulah kali pertama & terakhir kami makan kat restaurant di Swiss.

Jam 4 petang, kami meninggalkan Interken.. Good bye Interlaken! Kami ke Zurich semula, lalu area Lungern dan Giswil. Ada sekali berhenti kat Giswil, pekena kopi dulu sebab mengantuk sangat masa drive. Cantik sangat view kat Giswil. So rest lama jap sambil snap-snap gambar.










Traffic dari Giswil ke Zurich sangat sesak. Maybe sbb org balik keje. Perjalanan yg sepatutnya sejam, jadi 2 jam. Last destination, singgah Avia petrol station di Zurich utk isi minyak kereta. Kene isi full tank sebelum hand over to car rental company, kalau tak isi minyak nanti kene penalty.

Kami tiba di Zurich Airport jam 6.30 petang. Terus masuk parking  yg ada sign "Abflug/ Rental Car Return". Selepas selesai dengan car inspection, (Alhamdulillah semua OK) kami terus ke kastam untuk cop dan submit tax refund form.

Sempat juga solat jamak kat airport sebelum masuk boarding area. Maka tamatlah sudah egoisss trip 2018 ni, kami cover 4 negara sekaligus - Portugal, Spain, Gibraltar dan Switzerland. My favourite destination is Seville. Memang tak puas round Seville. Should revisit tu hahahha.. Ok back to reality. Cuti dah tamat, now menghitung hari dan bulan untuk Egoisss Trip 2019! Destination? masih lagi rahsia... Yang pasti, I nak fly to rare country! Can't wait! Pergi tempat rare... barulah traveler kan! Nak follow jejak traveler Kenyalang Celup & Encik Zainal Tobiak yg dah covered half of the world!

Oh by the way, 2 bulan lepas trip Swiss tu, I dapat surat saman all the way from Bern! Akibat melanggar isyarat lampu merah... 0.11 saat je pun... I kene penalty CHF 250! *nangis

Till next time...

No comments:

Post a Comment