Friday, November 9, 2018

Cordoba, Spain 9/9/2018


Kami meninggalkan Seville jam 8.40 pagi, menuju ke Cordoba dengan menaiki train. Bas juga ada menghubungkan kedua-dua town tersebut, tapi saja nak try naik train pula. Harga ticket train agak mahal sedikit, kami dah book sesiap di website renfe. Website ni tak mesra sangat sebab agak susah nak book:


Kami dapat rate online masa tu Euro 13.55 per person. Perjalanan train mengambil masa 1 jam 20 minit dan ternyata lebih selesa berbanding dengan ALSA Bus. Kalau korang ada budget lebih sikit bolehla naik train.



 
Kami tiba di Estación AVE RENFE, Córdoba pada jam 10 pagi. Hello there, Cordoba!!!

  
Keluar je dari pintu utama terminal train, boleh nampak bus stop. Untuk ke Cordoba town, boleh naik bas no.3 dan harga tiket adalah Euro 1.30 seorang, boleh bayar pada driver bas.


20 minit kemudian, kami tiba di Hostel. Sangat bertuah kerana dapat hostel yang murah, hanya 50m je dari bus stop. 





Since masih awal untuk check in, bilik belum ready lagi, kami tinggalkan luggage kat receptionist. Kami just jalan kaki je ke arah town. Cordoba, also known as Kordova terletak di sebelah Sungai Guadalquivir. Kota ini telah dibina oleh Claudius Marcellus dengan nama Corduba pada zaman Romawi Kuno. Recall semula buku sejarah sekolah menengah, Córdoba merupakan tempat kelahiran tokoh Islam yang terkenal iaitu Ibnu Rusyd, seorang ahli falsafah, perubatan, matematik, teologi, ahli fikah mazhab Maliki, astronomi, geografi dan sains.

Cordoba tak semeriah Seville… kebanyakan orang-orang tua je yang melepak kat café minum kopi. Structure bangunan nampak sangat dah dimakan usia. Tram pon takde. Kami meneruskan itinerary, nak cari café halal. 

Dari hostel, jalan kaki dekat je masuk town. Kami stop skejap kat kedai jual air buah. Tengok cara dia blend buah tu nampak cam sedap. So we give a try. Satu cawan Euro 3.50. Nama kedai tu La Bicicleta. 








Kami berjalan sepanjang Calle Cardenal Gonzalez. Kiri kanan lorong tu ada macam-macam kedai souvenir dan kedai makan. Town ni kecik ja… Santai saja.












Ok sampai pon tempat yang dituju - Mosque-Cathedral of Córdoba, Masjid Agung Cordoba yang beralih menjadi Church. At first, bangunan bersejarah ni adalah sebuah church bernama Visigoth St Vincent. Kemudian diubah menjadi Masjid pada tahun 784 M dibawah kepemimpinan Abd ar-Rahman I untuk tujuan pengadilan syariah dan ibadah. Masjid Agung Cordoba menjadi pusat keislaman di Andalusia selama tiga abad lamanya. Lama betul tu! At that time, Cordoba is the Islamic centre in Spain. Kemudian, Masjid kembali berubah menjadi church diwaktu penaklukan tentera Christian pada abad ke-16.




 
Pada waktu kami masuk melawat Masjid ni, ukiran kaligrafi ayat-ayat Al-quran pada dinding mihrab masih dipertahankan even kini ianya adalah sebuah church. Waktu lawatan adalah jam 4 petang, dan counter ticket dibuka jam 3 petang. Harga ticket masuk untuk adult is Euro 10. Kene beratur kat luar.

Entering the church…










Tak sampai sejam pon kami kat dalam tu. Pia lak tido je dalam stroller. So I decide nak balik hotel while the rest continue shopping souvenir. Kat tepi-tepi church tu ada banyak kedai jual souvenir. Tak perlu round kedai one by one sebab harganya semua sama. Tapi sebelum balik tu grab dulu fridge magnet.. hehhehehe...




Ni pic dari travelmates… Rajin diorang ni jalan panas-panas round Roman Bridge of Cordoba, Calahorra Tower, Calleja de las Flores dan Alcázar de los Reyes Cristianos. Semua tempat ni by walking distance saja.






Petang tu kami dinner kat area Plaza De Abades. Ada kedai halal, masakan India. Sedap gilaaaaa dan harga murah! Boleh refer map dibawah... Dibuka jam 4 petang sehingga 10 malam (summer time):

 

Malam tu tido awal sebab esok pepagi nak kejar bas ke Granada pula. Good night Cordoba!

No comments:

Post a Comment