Thursday, November 22, 2018

Bern, Switzerland 13/9/2018


Kami tiba di Barcelona Airport jam 4.30 pagi dengan menaiki airport transfers (dah book sesiap 4 bulan sebelum trip di website booking.com). Sampai je airport, terus ke kastam office minta cop untuk VAT refund. Settle drop off VAT refund form, barulah hati legaaaa... Hahahaha.. Suasana Barcelona Airport pagi tu agak busy, tapi urusan immigresen sampai ke boarding gate sangat mudah. Tak complicated la, senang je. Flight depart kol 7 pagi dan kami sempat menunaikan solat subuh kat departure gate.

Jam 8.55 pagi, kami tiba di Zurich Airport. Terus menuju ke tingkat 2 untuk urusan car rental. Kami dah book di website rentalcars.com 6 bulan sebelum trip ni. Car rental paling murah ialah dari company Avis/Budget. Kami menyewa 2 kereta, 7 seater dan 5 seater. Paling penting, beli insurans kemalangan dan sewa GPS/portable WiFi. Juga add on 2 baby car seat untuk kanak-kanak ni. Agak cepat juga urusan car rental di Zurich Airport ni, staff juga sangat friendly. Kereta sewa selama 5 hari di Swiss:




Kali kedua memandu left-handed car di Europe, awkward juga. First time dulu tahun 2016 masa kat Iceland. Tapi kedua-dua negara ni berbeza sangat. Driving kat Iceland lagi mudah dari Swiss. Kat Swiss ni jalan raya agak pelik, it takes me an hour jugak la untuk sesuaikan pemanduan di sini. Itinerary pertama di Zurich, cari restaurant halal Libanes Take Away, di No. 74, Schaffhauserstrasse. Sampai je restaurant tu, nk cari parking pon susah. Macam limited je parking space kat situ. Tengah jalan tu pulak ada laluan tram. Risau jugak kalau tetiba tram datang masa tengah cari parking tu. Dalam pada kelam-kabut tu, I terlanggar red light! Actually I tak perasan pon I dah langgar red light tu. Tetiba belakang kete ada peronda traffic. Duhh!! Why la on earth time ni jugakla terserempak dengan diorang tu?? Diorang siap bunyikan siren suh I pull-over. Ok, I pasrah lah.. Officer tu minta license. Redha je lah nak kene saman, sambil buat muka paling kesian. Alhamdulillah, officer tu lepaskan kami tanpa penalty. Huhuhu... katanya berhati-hati lepas ni. Baik incik!

Kami tapau je food tu, takde mood nak makan, sebab masih dalam keadaan terkejut. Harga satu doner kebab tu tersangatlah mahal. RM 60 for a medium size of kebab. Kami meneruskan perjalan ke Bern, 130km dari Zurich.

Jam 2.30 petang, kami tiba di Bern. Time tu banyak road construction. Asalnya kami plan nak parking kat area Parking Casino, so boleh jalan kaki je ke tourist spot. Tapi payah betul nak ke tempat parking tu sebab banyak road construction. So kami nampak je parking garage, terus masuk. Dari tempat parking tu, dekat juga nak ke tourist spot, jalan kaki je. Antara tarikan di Bern ialah Zytglogge, Einsteinhaus, Kornhaus dan Bern Minster.
















Kedai souvenir banyak kat area Zytglogge tapi harga satu fridge magnet tersangatlah mencekik.



Zytglogge, dibina pada kurun ke 13, served the city as guard tower, prison, clock tower, centre of urban life and civic memorial.







Sejam je kat Bern, kami bertolak ke Interlaken pula. Memandu dari Bern ke Interlaken, hanya 45 minutes.

Alhamdulillah, sampai pun kami di Interlaken. Kami memilih untuk menginap selama 4 malam di Camping Manor Farm, kira-kira 3km dari Interlaken town. Kami menyewa 2 cottages. Kawasan cottage ni sangat besar. Boleh pilih nak sewa cottage atau sewa kawasan untuk parking motorhome. Kami book 6 bulan sebelum trip, kene bayar sewa melalui TT. Kedatangan kami disambut baik oleh penjaga cottage, pasangan Joy dan John. Diorang ni asal dari UK. Duduk Interlaken untuk jaga cottage tu. Kami kene bayar deposit, CHF 100 untuk satu cottage, sebabnya kami kene kemas balik cottage tu masa check out nanti. Kalau tak kemas, diorang tak refund deposit tu. Teringat masa menyewa cottage kat Gothenburg, macam ni lah syarat dia. So John provide kami towels dan bed linens, kene bayar lagi cash CHF 10 per person. Actually ni accommodation paling murah I dapat kat Interlaken. Walaupun murah, tapi best sangat! Every cottage ada dapur so kami boleh masak. Tak larat wehh nak bayar seketul kebab yang mahal kat kedai halal.

Area cottage kami:














Malam tu free activity. Masak dan dinner. Kami sempat solat jamak asar-zohor sebab mahrib masuk jam 7.40 malam. Yang tak bestnya, area cottage ni takde WiFi.

Good night Interlaken!



No comments:

Post a Comment